MUSLIM CEMERLANG

Pelajar-pelajar sedang khusyuk menhafaz al-Quran
Salam sejahtera kepada pembaca yang mulia.

Kami bersyukur kerana berjaya menubuhkan satu blog sebagai salah satu cara untuk kami menyebar kebaikan kepada semua.

Pagi ini kami ingin bercerita tentang Muslim yang cemerlang. Cemerlang yang dimaksudkan boleh jadi cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Difinisi kecemerlangan sangatlah luas, jadi kami akan bahagikan post-post menjadi dua atau tiga bahagian sehinggalah sampai pada tujuan yang dimaksudkan.

Al-Quran membetuk Muslim Cemerlang.

al-Quran tidak hanya untuk dibaca tetapi untuk diamalkan


Kami ingin mengajak anda mengimbau kembali zaman terbaik ummat ini, iaitu zaman hidupnya para sahabat-sahabat Nabi bersama Baginda Nabi SAW. Gemilang dan cemerlang zaman ini adalah kerana keberkatan hidup bersama insan agung Nabi Muhammad SAW, Nabi akhir zaman yang membawa rahmat ke sekelian alam. Ianya tercatat di dalam hadith yang diriwayatkan Imam Bukhari. Sabda Nabi SAW :

                                                 خيرالناس قرني ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم 

Ertinya : "Sebaik-baik manusia aalah mereka yang hidup di kurunku, kemudian mereka yang hidup setelah itu, kemudian mereka yang hidup setelah itu."

Oleh kerana itu, tidak dapat dinafikan bahawa manusia yang cemerlang hidup dizaman Nabi SAW sehingga kurun ketiga.

Apa yang mereka lakukan sehingga diberikan pengiktirafan sedemikian daripada Rasulullah SAW?

Jawapannya ringkas. Para sahabat, tabi'in dan tabi' tabi'in selain mereka adalah manusia terbaik dek kerana keberamaan mereka dengan Nabi SAW, para sahabat dan para tabi'n. Nur Muhammad yang mereka dapati itu menjadikan mereka berpegang dengan ajaran al-Quran tanpa sedikit pun berganjak. Mereka juga menerima pelajaran langsung dari Nabi SAW melalui al-Quran atau wahyu yang diturunkan. Al-Quran pula menjadi pedoman buat kehidupan mereka sehingga tidak pernah lekang dari mulut mereka daripada menyebut ayat-ayat suci al-Quran al-Karim. Pembelajaran al-Quran tidak terhenti di situ, mereka bahkan mengajar al-Quran kepada anak cucu mereka dan begitulah seterusnya.


Kesimpulannya, mereka mulia dan cemerlang kerana al-Quran. Al-Quran yang merupakan mukjizat Nabi Muhammad SAW terbukti memberi kesan kepada kehidupan manusia jika diamalkan dan dihayati. Ianya bukan cakap kosong, ianya berdasarkan Sabdaan Nabi Muhammad SAW :

خيركم من تعلم القرآن وعلمه

Ertinya : " Sebaik-baik manusia adalah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarkannya."



Oleh kerena itu, kami optimis membangun jiwa anak didik kami dengan ajaran al-Quran yang sebenar. Kami bercita-cita menjadikan mereka insan cemerlang di dunia dan akhirat.


Walhamdulillahi Rabbil 'Alamiin...

Ulasan

  1. Balasan
    1. Masih menyusu badan belum lagi merangkak apatah lagi bertatih..mengaharapkan langkah pertama supaya datang langkah seterusnya. Terima kasih atas kunjungan dan komentar.

      Padam
  2. Balasan
    1. Alhamdulillah..tiada daya dan upaya melainkan keupayaan yg dianugerahkan Allah..Syukur. terima kasih atas kunjungan dan komentar.

      Padam
  3. Syukur Alhamdulillah.. Tahniah MTQ 8

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KESATUAN UMAT ISLAM DI DALAM IBADAH HAJI & KORBAN

ILMU DAN GURU