Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

UMAT ISLAM ANTARA KUALITI DAN KUANTITI

Imej
UMAT ISLAM ANTARA KUALITI DAN KUANTITI Firman Allah SWT di dalam Surah al-Anfal ang bermaksud : “Dan orang-orang Yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan Pembela bagi setengahnya Yang lain. jika kamu (Wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri Yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan Yang besar.” KETERANGAN AYAT Saudara pembaca budiman. Maulana Abul Hasan Ali an-Nadwi Rahimahullah (wafat pada tanggal 31/12/1999) ketika mentafsirkan ayat ini, beliau berkata: “Ayat Allah ini sangat mendalam kehendak dan amaran-Nya dalam masa yang sama memaklumkan kepada kita bahawa golongan kafir sejak mula menetap di bumi antara mereka saling hubung menghubung bahu-membahu mengumpul dan mengembeling tenaga dan daya di samping sentiasa menggandakan usaha dalam rangka menidakkan kemahuan dan tuntutan Allah di atas bumiNya. Faktor tersebutlah yang menampakkan kejayaan dakyah dan p...

KESATUAN UMAT ISLAM DI DALAM IBADAH HAJI & KORBAN

Imej
KESATUAN UMAT ISLAM DI DALAM IBADAH HAJI & KORBAN MUQADDIMAH Di dalam bulan mulia zulhijjah ini terdapat beberapa amalan yang mendatangkan kebaikan yang besar kepada umat Islam, justeru umat Islam harus pertamanya merebut peluang besar ini serta berlumba-lumba melaksanakannya dengan penuh dedikasi mengaharapkan Rahmat, keampunan dan kebaikan dari Allah. Keduanya memulakan amalan dengan pengetahuan yang mencukupi supaya maksud yang tersirat di sebalik amalan-amalan yang dikerjakan beroleh ganjaran dan paling penting supaya amalan itu diterima disisi Allah S.W.T.  Antara amalan tersebut adalah perbuatan haji dan sembelih korban. Di dalam ruangan yang amat terbatas ini, penulis cuba memaparkan hikmah dan kebaikan di sebalik amalan-amalan tersebut dengan mengutamakan maqasid kesatuan dan kekuatan umat Islam insyaAllah. HAKIKAT IBADAH HAJI Ibadah haji merupakan ibadah yang sarat mengandungi nilai-nilai yang amat tinggi dan sangat bermanfaat. Hikmah yang terdapat diseba...

ILMU DAN GURU

Imej
ILMU DAN GURU “ Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang Yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu Yang dituntut di Dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)”. Surah Al Taubah 122 Di dalam ayat di atas Allah memerintahkan sebahagian sahabat-sahabat nabi supaya mendalami ilmu agama dengan nabi s.a.w dan dalam masa yang sama Allah melarang mereka pergi berperang bersama pasukan tentera yang dihantar Rasulullah ke medan perang. Al Zujjaj menyebutkan: Ayat ini walaupun perkataannya didatangkan dalam bentuk perkhabaran, akan tetapi membawa makna perintah sepertimana ayat 113 di dalam surah tersebut. (Ibn Jauzi, Zadul Masir. Juzuk 3.m/s 517) Larangan di atas adalah bertuju...

MUSLIM CEMERLANG

Imej
Pelajar-pelajar sedang khusyuk menhafaz al-Quran Salam sejahtera kepada pembaca yang mulia. Kami bersyukur kerana berjaya menubuhkan satu blog sebagai salah satu cara untuk kami menyebar kebaikan kepada semua. Pagi ini kami ingin bercerita tentang Muslim yang cemerlang. Cemerlang yang dimaksudkan boleh jadi cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Difinisi kecemerlangan sangatlah luas, jadi kami akan bahagikan post-post menjadi dua atau tiga bahagian sehinggalah sampai pada tujuan yang dimaksudkan. Al-Quran membetuk Muslim Cemerlang. al-Quran tidak hanya untuk dibaca tetapi untuk diamalkan Kami ingin mengajak anda mengimbau kembali zaman terbaik ummat ini, iaitu zaman hidupnya para sahabat-sahabat Nabi bersama Baginda Nabi SAW. Gemilang dan cemerlang zaman ini adalah kerana keberkatan hidup bersama insan agung Nabi Muhammad SAW, Nabi akhir zaman yang membawa rahmat ke sekelian alam. Ianya tercatat di dalam hadith yang diriwayatkan Imam Bukhari. Sabda Nabi ...